Jumaat, 2 Oktober 2009

Cintakan Dunia dan Bencikan Mati

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

-------------------------------

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Sumber : [Klik di sini]

Ahad, 16 Ogos 2009

Cerita Ahli Sufi

Hari itu, aku mengikut perhimpunan sufi yang diadakan di Hadramaut. Ada ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang tiba-tiba ada di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak dan karakter mereka, semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah tajam, ada yang berjanggut panjang, yang tidak berjanggut semacam aku pun ada, malah ada yang berkot dan memakai tali leher.

Hari itu sangat menyeronokkan. Ma'ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana'. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabia'ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.

Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing kalangan mereka membentangkan kertas kerja sesuai dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, dan ruku' serta sujud yang tidak henti-henti.

Sang pujangga tersohor Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya Fudhail bin `Iyad. Aku juga sangat seronok melihat dan Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa' sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. "Tok, saya rindukan atuk." luah aku keanak-anakan.

Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatuLlah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.

"Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah," kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

­Abdullah bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja Peranan Sufi Dalam Membebaskan Dunia Islam Daripada Cengkaman Barat. Beliau yang terkenal dengan syair terhadap Fudhail bin `Iyad menggariskan beberapa perkara penting yang harus diperkasakan antaranya menanamkan semula semangat jihad kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab, Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan peri pentingnya ahli audi memahami skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti Islam termasuklah golongan Liberalis dan Orientalis.

Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi'ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, "Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq." Aku meminta Rabi'ah masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangan dia tentang mahabbatuLlah.

Ringkas sahaja beliau menjawab, "Beramallah kerana Allah, bukan kerana syurga dan neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu sedangkan hati aku melayang ke langit sana bertemu sang Kekasih," dan aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.

Ibn `Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan respect dengan kita. Maka apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita. Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.

"Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?" tanya ana kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, "Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma'in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?" aku sekali lagi terpegun dan tertegun. Sampai begitu sekali tawadhu'nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa'id Hawwa menjelaskan, jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih.

Tiba-tiba majlis gempar. Rupanya Abdullah bin Mas'ud RA sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami Sheikh Abdul Qadir Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

­ Kata Ibn Mas'ud RA, "Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain," ujar Ibn Mas'ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.

Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PRK tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma'ruf tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas tetapi riya' dan ujub menguasai diri.

Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah...

Sumber : World Of Islam

Selasa, 14 Julai 2009

"Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?"

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru aku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

" Sampaikanlah Pesanku Walaupun Seayat "

Sumber : World Of ISLAM

Selasa, 16 Jun 2009

Penjenamaan Semula Dakwah dan Imarah Masjid


Sesuatu yang dilakukan, hanya berbekas dan berkesan apabila ia sudah menjadi tabiat dan kebiasaan. Melaziminya dari semasa ke semasa.

Namun, tatkala sesuatu itu menjadi kebiasaan, timbul pula kesan sampingan yang baru. Kebiasaan dilakukan secara ritual hingga hilang serinya. Hilang sense of purpose pada melakukan perkara itu. Lihat sahaja nasib yang menimpa sekumpulan manusia yang kebingungan memikirkan belenggu The Ashram Cat.

Justeru, penjenamaan semula atau rebranding, bukanlah pada mendatangkan benda baru tetapi lebih kepada suntikan nafas segar, khususnya untuk menangkis tanggapan stereotaip orang ramai berkenaan subjek tersebut. Itulah asas kepada tajuk PENJENAMAAN SEMULA DAKWAH DAN IMARAH MASJID yang menjadi tajuk ceramah saya di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, semalam.

UMAT DAKWAHAlhamdulillah.

Umat Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah umat dakwah. Umat terbaik dalam sejarah manusia, kerana komitmen mereka kepada tugasan yang sebelum ini menjadi agenda eksklusif para Rasul. Umat ini adalah umat dakwah.

Istimewanya menjadi umat dakwah, adalah kerana mereka melengkapi Sunnatullah di sisi Syariatullah. Seluruh penghuni alam, diciptakan oleh Allah sebagai interdependence, saling perlu memerlukan dan jelas kelihatan pada sinergi mereka di dalam ecosystem yang ada. Manusia sebagai sebahagian daripada penghuni alam ini, diberi pilihan sama ada mahu harmoni menjadi sebahagian daripada Sunnatullah, atau menjadi makhluk asing yang cuba bersikap berdiri sendiri, berasa tidak perlu kepada orang lain dan tidak diperlukan oleh orang lain lalu hidup secara nafsi nafsi.

“Kubur masing-masing,” adalah slogan kelompok manusia sebegini.

Jika sombongnya di tahap itu, pesan sahaja kepadanya, “mati esok pergi ke kubur sendiri, masuk ke liang sendiri dan kambus sendiri. Kami ada kerja lain yang perlu diberi perhatian!”
Kerana sinergi 100, 000 orang pada menjadi nelayan, penjahit pukat, pembuat bot, penghasil minyak disel untuk enjin bot, pemandu lori dari pantai ke pasar borong, pembuat lori, penurap jalan, pesawah, pekerja kilang beras, dan sekalian yang terbabit dalam penghasilan minyak masak, bawang, asam jawa, cili, garam, gula dan segalanya, kita boleh menikmati sepinggan nasi berlauk ikan dengan hanya membayar RM4.90!

Andai manusia itu nafsi nafsi, bayangkan sahaja betapa sulitnya mahu menikmati hidangan yang sama hingga duit mungkin jatuh tiada harga.

Sekiranya kehidupan manusia memerlukan mereka untuk saling bantu membantu dalam mengisi KEPERLUAN hidup mereka, maka begitulah juga sebenarnya (bahkan lebih utama) untuk manusia saling bantu membantu dalam mengisi TUJUAN hidup mereka.

Di situlah rasionalnya DAKWAH.
MENJELASKAN KERANGKA DAKWAH

Agar tidak berlaku pandangan yang caca merba tentang dakwah, hingga hilang hujung pangkal dalam menggarap pelbagai persoalan berkaitan dakwah, kerangka input-proses-output dicadangkan sebagai panduan.
Input ialah persoalan yang berkaitan dengan paradigma, cara memandang dakwah. Juga perihal motif, bersangkut paut dengan niat. Semua ini penting sebagai titik tolak kepada hasrat seseorang bergiat di lapangan dakwah. Sama ada di dalam sebuah NGO, jawatankuasa masjid, sebuah kumpulan dakwah atau gerakan Islam, persoalannya adalah sama.

Semua harus bertitik tolak daripada asas yang betul.

Input yang betul tentang dakwah, akan banyak meluruskan perjalanan di dalam proses. Kumpulan yang bergiat di lapangan kebajikan, pendidikan, media, politik atau apa sahaja medan yang dipilih mengikut kemahiran dan keupayaan, mereka boleh saling melengkapkan, dan bukannya saling berperang meraikan perbezaan.

Semuanya demi hasil akhir yang mahu dicapai, iaitu membawa individu, keluarga, masyarakat, negara dan Ummah seluruhnya kepada tujuan hidup kita yang satu, mengabdikan diri kepada Allah, serta menjauhkan diri daripada segala pesaing Allah yang melampau bernama Taghoot.

NIAT
“AMAL DINILAI BERDASARKAN NIAT,” besar sekali kedudukan Hadith ini. Ia diangkat menjadi muqaddimah kepada sejumlah besar kitab Hadith yang dikompilasikan oleh para ilmuwan Islam.

Kesan niat bukan hanya pada soal dosa atau pahala di Akhirat, malah sebelum itu, ia mempunyai pengaruh yang besar kepada sikap kita terhadap apa yang kita buat, termasuk dakwah.

Berdakwah kerana ikut-ikutan tidak ke mana.

Berdakwah kerana persekitaran, mudah mengundang putus asa. Persekitaran mungkin tidak pernah berubah malah mungkin menjadi semakin parah. Malaysia di era saya sebagai mad’u, lebih baik daripada Malaysia di era saya menjadi da’i.

Berdakwah kerana kewajipan, ia tanda penerimaan kepada suatu perintah. Tetapi melakukannya atas dasar tanggungjawab semata, memberikan tekanan dan menghilangkan keseronokan. Seumpama seorang yang bersolat, sebaik sahaja memberi salam, ungkapannya ialah “Alhamdulillah… lega dah habis sembahyang. Subuh lambat lagi!”

Lega kerana selesai, bukannya ghairah menyambut solat yang seterusnya.

Tatkala di zaman pelajar, kewajipan hanya empat. Kewajipan kepada ibu bapa, PTPTN, tunang dan dakwah. Mudah diuruskan. Tetapi semakin lama hidup kewajipan semakin bertambah. Tatkala hidup dikelilingi oleh 40 kewajipan, pasti sahaja kewajipan yang paling tidak popular ialah kewajipan dakwah.

Justeru motif melakukan dakwah, harus dicari sisi yang boleh menjadikannya inside-out. Kehebatan dan keghairahannya dirasa lantas sentiasa mahu menambah-nambah yang ’sunat’ setelah sempurna bahagian yang wajibnya.

Untuk Pembacaan Lebih Lanjut Sila Lawati [Saifulislam.Com]

Isnin, 15 Jun 2009

Siapa Yang Mahu Melakukan Maksiat??

Telah diceritakan dalam kitab Tawabbih bahawa seorang lelaki yang pergi menemui Ibrahim Bin Adham lalu ia pun berkata kepada Ibrahim.

"Hai Aba Ishaq (Ibrahim), aku telah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang menginsafkan diriku serta menyelamatkan hatiku daripada kegelapan."

Lalu Ibrahim menjawab,

"Jika engkau dapat menerima dan melakukan 5 perkara yang akan aku perkatakan, nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan dirimu."

Lelaki itu pun berkata. Ingin tahu.

"Apa dia? Katakanlah padaku wahai bapa Ishaq."

Dan Ibrahim pun menerangkan kepada lelaki tersebut. Katanya,

"Pertama, apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah engkau sesekali memakan rezeki kurniaan-Nya."

Tergamam lelaki tersebut seraya berkata,

"Dari mana lagi sumber rezeki di dunia ini hendak kucari selain rezeki kurniaan Allah?"

Ibrahim Adham pun mencelah,

"Wahai saudara, apakah patut dan wajar engkau memakan rezeki kurniaan-Nya, sedangkan larangan-Nya engkau ingkari?"

Tertunduk lelaki itu lalu mengakui kebenaran kata-kata Ibrahim. Ibrahim menerangkan lagi,

"(Kedua), Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah engkau menginap di mana-mana pun di atas dunia ini, kerana dunia ini ciptaan Allah untuk hamba-hamba-Nya."

Termenung sejenak lelaki tersebut.

"Ini lebih hebat daripada yang pertama tadi. Kalau Timur dan Barat dan di antara kedua-duanya juga adalah milik Allah, maka di mana pula aku dapat meneruskan kehidupan."

Ibrahim lalu menjawab,

"Wahai saudara adakah wajar, engkau makan rezeki Allah dan tinggal di bumi-Nya, kemudian engkau derhaka kepada-Nya?"

Jawab lelaki tersebut,

"Tidak, wahai Ibrahim. Lalu apa pula yang ketiga?"

Ibrahim meneruskan lagi,

"Jika engkau masih berdegil, engkau mahu juga menderhaka kepada-Nya, sedangkan engkau makan rezeki-Nya dan tinggal di bumi hamparan-Nya, (Ketiga), maka carilah tempat yang kiranya Allah tidak dapat melihat engkau melakukan perkara yang ditegah oleh-Nya. Jika engkau ketemui daerahnya, lalu perlakukanlah sesuka hatimu, langgarilah perintah Allah dan lakukan maksiat semahumu."

Lelaki itu pun berkata,

"Hai Ibrahim! Bagaimana dapat aku berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah Dia tahu apa yang tersembunyi sekali pun!"

Ibrahim pun menjawab,

"Wahai saudara, adakah patut engkau menikmati rezeki Allah, tinggal di bumi yang dicipta-Nya, menderhaka kepada-Nya walhal Allah mengetahui hakikatmu dan mengetahui setiap apa yang engkau lakukan, biarpun dalam sembunyi, apatah lagi terang-terangan?"

Sambung Ibrahim Adham lagi,

"(Keempat), Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepadanya, 'Berikanlah aku tempoh untuk bertaubat nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah.'

Jawab lelaki itu,

"Sudah tentu malaikat maut tidak menurut kataku. Malaikat maut hanya menurut perintah Allah."

Ibrahim meneruskan lagi kata-katanya,

"Wahai saudara, apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut untuk memberi ruang untuk engkau bertaubat, dan engkau juga mengetahui bahawa maut juga tidak menunggu lagi apabila tiba masanya, lalu engkau pula berharap engkau terselamat?"

Tunduk akur lelaki itu, membenarkan kata-kata tersebut. Ibrahim Adham berkata lagi,

"(Kelima@Terakhir), Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Kiamat hendak membawa mu masuk ke dalam neraka maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya."

Lelaki itu menggeleng, katanya,

"Masakan boleh begitu. Mereka tidak akan melepaskan aku."

Ibrahim pun berkata,

"Jika begitu bagaimana engkau mahu selamatkan dirimu sedangkan dosa yang engkau lakukan pasti akan dibalas jika tidak bertaubat."

Lelaki itu benar-benar tersedar kini. Dia menyedari kesilapan sendiri. Jauh di sudut hatinya terdetik keinsafan.

"Wahai Ibrahim, cukuplah. Terlalu leka dan lalai aku selama ini sedangkan kehidupanku ini segalanya adalah kehendak Allah. Rezeki dan nikmat Allah terlalu banyak telah kurasai. Tidak sepatutnya aku melupakan-Nya apatah lagi mengingkari-Nya. Aku mohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya."

Ibrahim Adham terlalu gembira mendengar pengakuan lelaki tersebuat. Lelaki itu turut mengikuti Ibrahim melakukan ibadat.

...Semoga Allah memberikan hidayah-Nya kepada kita...insya-Allah.

Sumber : [Klik Di Sini]

Selasa, 9 Jun 2009

PEMUDA TENAGA BURUH PAS

Islam Memimpin Perubahan

103 point melakar gagasan politik PAS mendepani cabaran dewasa kini dengan membuat penegasan berani dan meyakinkan bahawa Islam Memimpin Perubahan.

Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS. Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan.

Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang, berdakwah dan berpolitik Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka. Bahkan dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Allah swt.

Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja [buruh kasar] bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut. Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin, mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut. Tentu sahaja ungkapan ialah ISLAM di atas dan yang lainnya di bawah.

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai [Rijal at Taghyir]. Pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut.

Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :

مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللهِ
Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt.

Insyaallah, Pemuda-pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :


نَحْنُ أَنْصَارُ اللهِ
Kamilah pembantu - pembantu [pejuang] Agama Allah swt

Harapan Dato' Seri Presiden dalam ucapan dasar yang dibentang, harapan para saff pimpinan dan harapan para perwakilan terhadap pemuda, suka saya tegaskan bahawa terlebih dahulu Rasulullah saw telah meletakkan harapannya yang tinggi kepada pemuda apabila baginda bersabda :


حَالِفْنِي الشَّبَابَ وَ خَالِفْنِي الشُّيُوخَ
Pemuda selalu mendokong perjuanganku
sementara aku sering disanggahi oleh orang-orang tua.

Kami Pemuda PAS akan mengulangi kenyataan Miqdad ibnu Amru ra kepada Rasulullah saw ketika mereka [Baginda Rasul saw dan para sahabat rhm] berbincang untuk mengambil keputusan turun ke medan berjuang demi menegakkan agama Allah swt . :

يَا رَسُولَ اللهِ : إِمْضِ لَمَّا أَمَرَكَ اللهُ فَنَحْنُ مَعَكَ .
وَ اللهِ لَا نَقُولُ لَكَ كَمَا قَالَتْ بَنُوا إِسْرَائِيلِ لِمُوسَى :
إِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَا هُنَا قَاعِدُون
وَ لَكِنْ إِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا مَعَاكُمَا مُقَاتلُون

Wahai Rasulullah saw : Berangkatlah ke medan juang sekira-kira Allah swt telah mengarahkanmu nescaya kami akan bersamu. Demi Allah! kami tidak akan berkata sebagaimana kenyataan Bani Israel kepada Nabi Musa as. Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang sementara kami mahu kekal tinggal duduk di sini Akan tetapi kami akan berkata, pergilah engkau bersama Tuhanmu berjuang sesungguhnya kami turut berjuang bersamamu.

Kami para Pemuda PAS berikrar :

  • Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .
  • Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan.
  • Kami sekali-kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini.

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi "amanah Presiden" yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :

Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Insyaallah pemuda [DPPP] akan terus memelihara ketulenan/kebasahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong. Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah, Tarbiyyah, Siasah.

Sementara 3 identiti PAS turut dipertahankan :
  • Futuristik [strategi dan persiapan PAS]
  • Fundemental [prinsip perjuangan yang sedang didokong]
  • Kontemporary [dalam pendekatan dan penampilan].

Pemuda PAS juga insyaallah akan senantiasa segar dan tegar untuk menegur atau memberi kritikan membina kepada saff pimpinan sebagaimana pemuda selamanya rendah diri senantiasa memerlukan tunjuk ajar daie, para ulamak dan saff kepimpinan.

Sumber : [Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi]

Sabtu, 30 Mei 2009

Islamkan politik, atau politikkan Islam?

Saya sering bercakap tentang "Islamkan politik, jangan politikkan Islam". Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua-dua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerak kerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum Islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya.

Dalam erti kata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan. Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau 'cop halal' yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan. Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerak kerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam erti kata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah. Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh. Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya: "Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata, "Kami ada sabda Nabi saw begini dan begitu". Jika kamu dapati seratus atau lebih hadis sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..." (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Kumpulan

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah. Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira'un, Fir'aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya) Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami". Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?" Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang Rasul-Nya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil. (Surah al-Syu'ara: 16-22). Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga Qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah. Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bah paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Mengongkong

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka. Kata Abu Hurairah r.a: "Kami menyertai Rasulullah saw dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, "Dia dalam kalangan ahli neraka". Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah saw: "Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati". Jawab baginda: "Ke neraka". Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah saw, lantas baginda bersabda: "Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasul-Nya!". Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan "jiwa yang muslim" dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka Islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!

Sumber : [klik di sini]

Ahad, 3 Mei 2009

Bertafakurlah!!!!!

Sekadar aku keluar dan apa yang tertangkap oleh mataku, pasti aku melihat bahawa ada nikmat ALLAH atasku dari apa yang aku lihat. Dan dari sana aku memetik pelajaran untuk ku”. Abu Sulaiman Ad-Darani.

Saudaraku,
Satu dari pekerjaan syaitanadalah menimbulkan keraguan dan khayalan kosong. Keraguan dan khayalan umumnya akan mengarah kepada kekhawatiran dan putus asa dari Rahmat ALLAH S.W.T. gelisah yang tak jelas apa yang menjadi inti kegelisahan, padahal segala sesuatu yang dikhawatirkan itu belum tentu terjadi. Gundah yang tak ada asalnya, padahal peristiwa yang melahirkan kegundahan itu belum dialami. Sungguh kita kerap menjadi objek syaitan. Syaitan telah berjanji,
"Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata. Surah An-nisa’ ayat 119.

Saudaraku,
Jauhilah fikiran yang tidak bermanfaat. Buanglah kekhawatiran yang tidak pada tempatnya. Campakkan khayalan kosong yang tidak jelas ujung pangkalnya itu. Keran semuanya tidak menambah apa-apa kecuali membuat kita semakin terpuruk pada jerat frustasi dan ketakutan yang tidak berdasar. Kesedihan, kekhawatiran dan ketakutan yang tidak ada hujung pangkalnya. Berasa sunyi dalam keramaian. Sedih di tengah kegembiraan. Atau bahkan, mati di tengah sejuta harapan untuk hidup. Jika kita pernah merasa suasana hati seperti itu, maka ALLAH S.W.T. memberi jawapannya:-
Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar). Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh syaitan-syaitan itu Dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan Yang sesat lagi menyesatkan itu).” Surah Al-A’Raf ayat 201 dan 202.

Itulah jawapan dari ALLAH S.W.T..


Saudaraku yang dikasihi ALLAH S.W.T.,
Menurut Imam Al-Ghazali, dari awal segala perbuatan adalah kegiatan berfikir. Kerananya orang yang selalu berfikir panjang dan mendalam(bertafakur) akan lebih mudah melaksanakan segala ibadah dan ketatatan yang lainnya. “Jika ilmu sudah sampai di hati, maka keadaan hati akan berubah. Jika keadaan hati sudah berubah, maka perilaku keadaan badan akan berubah. Jika perbuatan mengikuti keadaan, maka keadaan mengikuti ilmu, dan ilmu mengikuti fikiran. Oleh itu fikiran adalah awal dan kunci segala kebaikan.” Abu Hamid Al-Ghazali, Ihya’ Ulumiddin, IV/ 389.

Bertafakur bekan berkhayal dan berangan-angan kosong. Bukan memikirkan soal keduniaan yang tidak pernah habis. Bukan menguraskan fikiran untuk membahaskan masalah-masalah hidup yang hanya ada di DUNIA. Tetapi mengarahkan kita untuk memikirkan semua fenomena alam dan kaitan dengan keimanan. Itulah tafakur yang akan mempunyai pengaruh kepada kebersihan hati. Tafakur adalah berfikir menerawangan dan menceroboh alam DUNIA ke dalam alam AKHIRAT, dari alam ciptaan kepada Sang Pencipta. Berfikir kadang hanya terbatas kepada upaya memecahkan masalah-masalah kehidupan DUNIA, sedang berfikira dapat menerobos sempitnya DUNIA ini menuju kea lam akhirat yang luas, keluar dari belenggu material menuju alam spiritual yang tiada batas.

Oleh kerana itu, jika kita punyai hati yang selalu merenung atau bertafakur tentang ketinggian dan keagungan ALLAH S.W.T. serta memikirkan kehidupan AKHIRAT, keadaan itu akan member kemampuan kita membongkar dengan mudah niat-niat jahat yang terlintas dalam benak kita sendiri. Kita akan memiliki kepekaan dan ketajaman sebagai hasil dzikirdan tafakur yang berkesinambungan itu. Setiap kali terlintas suatu niat jahat atau buruk, maka pemikiran, perasaan dan pandangan baik kita dapat segera mengetahui dan mengendalikan diri untuk menghancurkan niat jahat atau buruk itu.

Sungguh tepat sekali apa yang diwasiatkan oleh Amir bin Abi Qais Rahimahullahu Ta’ala ‘Anhu, “Aku mendengar bukan satu kali, dua kali atau tiga kali dari sahabat Nabi S.A.W, “Sesungguhnya pelita atau cahaya keimanan itu ada pada tafakur.” Sofyan bin Uyainah juga pernah mengatakan, “Pemikiran itu adalah cahaya yang masuk ke dalam hatimu, dan mungkin bias digambarkan seperti di dalam syair: “Jika seseorang bertafakur, maka segala sesuatu ada pelajaran baginya.” (Tafsir Ibnu Kathir, 1/438).

Atau lihatlah kebiasaan bertafakur Abu Sulaiman Ad-Darani, seorang yang Shalih dari generasi Tabi’in, sehingga ia kerap dapat memetik pelajaran untuk dirinya. “Sekadar aku keluar dan apa yang tertangkap oleh mataku, pasti aku melihat bahawa ada nikmat ALLAH atasku dari apa yang aku lihat. Dan dari sana aku memetik pelajaran untuk ku”. (Tafsir Ibnu Kathir, 1/438).

Saudaraku,
Pernah ada seorang pemuda yang mengeluh akan kebekuan hatinya kepada seorang ulama’ besar, Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Lalu Asy-Syahid mengatakan, “Berfikirlah dan berdzikir dalam waktu senyap, saat-saat kesendirian. Munajatdan merenungi alam semesta yang sangat istimewa dan mengagumkna, kemuadian mengagungkan keindahan dan kemuliaan ALLAH S.W.T. dari alam semesta itu, kemudian menyinambungkan kegiatan seperti itu, berlama-lama memikirkan hal itu dengan menghadirkan keagungan Sang Pencipta. Menggerakkan hati, lisan terhadap semua tanda-tanda keagungan yang menakjubkan dan hikmah ALLAH S.W.T. yang sangat tinggi. Semua itu wahai saudaraku yang mulia, bertafakur akan menjadikan hatimu hidup, sinarnya akan menerangi seluruh sisi jiwa dengan keimanan dan keyakinan. Bukankah ALLAH S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam adalah tanda-tanda bagi ulul albab(orang yang berakal).” (Al-‘Aqidah Sayyid Quthb, 104).

Fikirkanlah ALLAH S .W.T. sentiasa melihat di mana sahaja kita berada. Kekuasaannya sangat dekat dengan diri kita bahkan ada di urat nyawa kita. Mungkin, meskipun sangat dekat, kita tidak dapat merasakannya. Kita sudah melakukan kesombongan dan keangkuhan yang semakin menjadi-jadi, bila kita bergelumang dengan maksiat yang menyebabkan kita menjadi semakin jauh dari ALLAH S.W.T.. Dosa kita menjadi hijab yang mengahalangi kita dari dari merasakan kebesaran ALLAH S.W.T.. Siapa yang merasakan keadaan ini?? Hanya kita sendiri. Orang lain tidak dapat menilai sejauh mana kedekatan diri kita dengan ALLAH S.W.T. kecuali hanya melihat dan menilai secara zahir. Sementara dari segi batinnya hanya ALLAH S.W.T. yang Maha Mengetahui.

Mari bersama-sama bertafakur saudaraku,
Bertafakur, apakah semua nikmat ALLAH S.W.T. itu sudah kita syukuri. Bertafakur, apakah kurniaan ALLAH S.W.T. di alam semesta ini telah menjadikan kita lebih mencintai dan mengagungkan ALLAH S.W.T sebagai Penciptanya? Bertafaku, bagaimana kehidupan kita di AKHIRAT? Bertafakurlah, bagaimana nasib kita di dalam kubur? Bertafakurlah, apakah kita akan memasuki SYURGA(Alhamdulillah) atau NERAKA(Na’uzubillahi Min Zalik)? Bertafakurlah, apakah timbangan amalan kita sudah mencukupi?

Bertafakurlah…….

Petikan dari : Mencari Mutiara Di Dasar Hati, Catatan Perenungan Ruhani. Siri Pertama.
Karangan : Muhammad Nursani.
Cetakan : Tarbawi Press.

Isnin, 13 April 2009

CABARLAH DIRI KITA UNTUK BERJAYA

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Dipetik dari : [Koleksi Artikel Hangat]

Shohib Arrumi Said,
Bilik 102, Rumah Kedah Hayyu 'Asyir,
Kaherah, Mesir.
13 April 2009, 05.23 a.m.

Jumaat, 10 April 2009

Hina Islam atau 'Muslim'?

“Dia sudah melampau. Mana boleh si kafir membaca ayat al-Quran dan memperalatkannya?” bentak ‘pencinta’ Islam di dalam kenyataan akhbar dan laporan polisnya.

“Ia jelas mencabar kesucian Islam!” tokok seorang lagi.

Ada sesuatu yang saya masih belum mampu formulakan; mengapakah kaum Muslimin begitu tenang, yakin dengan kepercayaannya dan terbuka untuk dialog dan perbincangan semasa mereka menjadi kaum minoriti, sebaliknya terasa begitu terancam, tercabar, tergugat semasa mereka menjadi kaum majoriti yang memegang kuasa.

Ia suatu keganjilan.

Sepatutnya yang minoriti itu duduk dalam kekhuatiran. Rasa jati dirinya semakin terhakis, bimbang segala yang ada di sekitar mencabarnya, lalu menjadi sangat defensif terhadap agama masing-masing. Sepatutnya begitu.

Dan tatkala mereka bertindak sebagai pemerintah, berkuasa, berkuantiti sebagai majoriti, maka mereka akan rasa sangat selesa, terbuka, dan tidak fragile oleh cetusan-cetusan kejadian harian di kiri kanannya. Sepatutnya macam itu.

Tetapi realiti di Malaysia sungguh terbalik.

PERBANDINGAN LAGI

Saya tidak suka membanding-banding.

Orang tua kita sudah membuat pepatah, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik berhujankan batu di negeri sendiri!”

Tetapi orang kita jugalah yang pakar membanding-banding. Kerana banding-membanding itulah terbinanya Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, malah pernah juga Subang Parade dinobatkan sebagai pusat membeli belah terbesar di Asia Tenggara.

Daripada dibanding-bandingkan benda yang sekunder itu, lebih baik kita bandingkan soal-soal premier yang lebih kritikal.

MINORITI DI IRELAND UTARA

Terkenang kembali pengalaman saya semasa bertugas di Belfast Islamic Centre.

Kami memang kaum minoriti. Jumlah Muslim pada bulan pertama saya memulakan tugas, hanya sekitar dua atau tiga ribu orang di seluruh Ireland Utara. Tetapi menjadi kaum minoriti tidak menjadikan kami Muslim yang defensif lagi reaktif.

Kami terbuka kepada dialog. Jemputan untuk berdialog boleh dikatakan diterima setiap hari. Ada dialog dengan pelajar, ada dialog dengan rombongan yang dihantar oleh gereja. Kita dengan bebas bertukar-tukar pandangan tentang agama dan kepercayaan masing-masing, khususnya di peringkat isu-isu bersama berkaitan etika dan tanggungjawab sosial.

Kami tidak mengurung masjid di balik tembok, kesan rasa terancam kerana hidup sebagai minoriti. Sebaliknya masjid itu sentiasa terbuka. Malah kami juga sering hadir ke ruang-ruang terbuka yang disediakan di pusat bandar, untuk berjumpa dan berbicara dengan orang ramai.

“Kami dari sebuah sekolah rendah Katholik di Newry mahu melawat masjid tuan. Bilakah tarikh dan masa yang sesuai?” tanya wakil sekolah berkenaan melalui panggilan telefon.

“Saya dan rakan-rakan daripada Fakulti Kemanusiaan Open University UK mahu berjumpa dan bertukar-tukar pandangan dengan pihak Islamic Centre” tercatat demikian di sepucuk surat yang saya terima.

Permintaan-permintaan begitu datang setiap hari. Dan lazimnya kami akan cuba menyusun jadual lawatan agar mereka datang kira-kira sejam sebelum Solat Zohor. Tujuannya ialah untuk menyediakan masa sekitar satu jam untuk berdialog dan kemudian apabila masuk waktu Zohor, mereka akan dijemput ke dewan solat utama, duduk di bahagian belakang dan melihat kami menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid.

“Bolehkah orang bukan Islam masuk ke Masjid?” tanya seorang pelajar Malaysia yang baru tiba ke UK.

Soal demikian sudah lama diselesaikan. Jika non Muslim secara mutlak tidak boleh masuk ke masjid, entahlah berapa orang penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berpeluang bertemu dengan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak berlakulah kejadian Arab Badwi yang kencing di dinding masjid dan segala catatan yang lain.

Masjid adalah tempat orang mencari Islam, bukan tempat Muslim mengurung Islam.

Saya tidak banyak pengetahuan tentang Biblical Literature. Tetapi saya membaca serba sedikit mengenainya, dan saya menggunakannya untuk sempena-sempena yang sesuai terutamanya ketika sedang berdepan dengan pelawat beragama Kristian. Semasa menjelaskan tentang hak mutlaq Tuhan terhadap nyawa manusia dalam kertas kerja berkaitan Euthanasia, saya memetik keterangan Bible berikut:

“No man has authority to restrain the wind with the wind, or authority over the day of death.” [Ecclesiastes 8:8a]

Petikan itu berdiri bersama dengan petikan saya daripada keterangan al-Quran, firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

6_151

“… Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya” [al-An'aam 6: 151]

MENYAMARATAKAN?

Apakah saya menjadi penganut Bible dan mempercayainya semasa saya memetik suatu ayat daripadanya?

Jauh sekali!

Pendirian saya tentang Bible adalah sama seperti pendirian al-Quran terhadap Taurat dan Injil.

Akan tetapi saya memetik ayat dari Bible supaya hadirin yang Kristian boleh mengaitkan ceramah saya dengan rujukan mereka. Bahawa apa yang saya sebut bukan sahaja berdasarkan agama saya yang Islam, malah ia juga termaktub di dalam agama mereka. Itu sahaja.

Tujuan saya menggandingkan keduanya adalah untuk menekankan bahawa soal peranan agama dalam memelihara nyawa manusia adalah persoalan yang besar. Muslim atau Kristian mesti mempunyai tahap sensitiviti yang sama terhadap apa-apa prosedur perubatan dan bukan perubatan yang menggugat hak ini. Euthanasia bertentangan dengan peraturan agama sama ada Kristian mahu pun Islam.

Adakah saya telah menyamakan Islam dan Kristian?

Tentu sahaja tidak.

2057

Kalau Mak Senah makan sireh dan kambing Mek Yah makan sireh, apakah Mak Senah sama dengan kambing Mek Yah?

Tentu sahaja tidak!

Analogi yang sangat buruk untuk andaian seburuk itu.

Namun, titik persamaannya ialah, pokok sireh perlulah dijaga kerana Mak Senah dan kambing Mek Yah sama-sama mengambil manfaat daripadanya.

Antara Islam dan Kristian, Euthanasia tidak harus berdepan dengan apa-apa konflik dari segi penggubalan polisi di hospital jika dilihat daripada perspektif agama kerana kesemua agama bersepakat dalam menolak campur tangan manusia dalam menentukan saat kematian manusia yang lain. Itu sahaja.

Pandangan saya yang dimuatkan di dalam kertas kerja yang dibentangkan, diagihkan kepada kesemua pembentang yang lain, juga hadirin yang menyertai. Tentu sahaja saya tidak menyertakan teks Arabnya untuk mencegah daripada ayat-ayat al-Quran jatuh ke tempat-tempat yang tidak baik. Tetapi berdosakah saya membiarkan para non-Muslim dari kalangan paderi dan pelajar perubatan di The Queen’s University Belfast menggunakan ayat al-Quran dalam keadaan mereka tidak Muslim?

Bahkan saya berpandangan sebaliknya.

KES NGA KOR MING

16-90

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]

Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis daripada DAP dan beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?

david_n_k_m

Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.

Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?

Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!

Sikap inilah yang menghairankan saya.

Terlalu defensif.

Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?

p3310016

Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita

HINA ISLAM ATAU MUSLIM?

Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?

Saya yakin, jawapannya mudah.

Ia bukan penghinaan terhadap Islam.

Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.

Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.

Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.

Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.

2_85

“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]

hulagu_baghdad_1258

Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”

Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang


SaifulIslam

Isnin, 6 April 2009

Koleksi Mutiara Kata 4

  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  • Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
  • Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
  • memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
  • Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.
  • Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
  • Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  • Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

My Playlist