Ahad, 15 Mac 2009

ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BEBAS

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita ‘bebas’emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Islam.

Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai profesional yang memastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan teman lelaki(boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku lucah. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang yang memberansangkan.

Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.

Bagi wanita ‘bebas’, katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas dan Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi(muslimah),keredhaan ALLAH S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang ALLAH anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi muslimah mendisiplinkan diri dengan menahan diri dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan menambah lagi amalan soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi muslimah, setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya menguumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkatul Mukarramah.

Sekarang marilah kita melihat kenapa terdapat perbezaan yang begitu besar dalam pemikiran dan pandangan dua golongan wanita ini. Pada pendapat saya. Jika kita ketepikan sebab-sebab sampingan maka didapati masalah utamanya ialah tekanan jiwa yang dideritai oleh wanita ‘bebas’. Baginya(termasuk lalaki yang sepertinya) ia tidak ketahui dari mana ia datang dan ke mana kesudahannya.

Ia mempunyai konsep yang jelas tentang pengertian hidup dan dalam banyak hal, ia sekurang-kurangnya berasa sangsi tentang wujudnya Akhirat, tak kurang pula yang menolaknya sama sekali. Amat sukar baginya mempercayai kehidupan selepas hidup di dunia ini. Lantaran itu kehidupannya di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak sah jika sesuatu majlis tidak disertai dengan minuman arak. Tidak hairan lagilah fikiran manusia yang mabuk akan memproklamirkan segala kejahatannya. Domir(hati) yang merupakan pemberian paling berharga yang dianugerahkan oleh ALLAH supaya seseorang itu dapat membezakan antara baik dan yang jahat, antara benar dan salah kini sudah diliputi oleh timbunan cita-cita yang palsu. Kepalsuan yang kerap mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia amat singkat dan lantaran itu akan melupakan perasaan takut kepada kematian sehingga sanggup pula mengorbankan segala-galanya untuk memanjangkan umur.

Berbeza dengan ini, muslimah sentiasa merasa selamat, ia beriman kepada ALLAH, kepada kitab-kitab yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia dann hari pembalasan yang akan mempelawanya masuk ke mana-mana pintu Syurga yang kekal. Baginya hidup ini penuh pengertian sekiranyaia meninggalkan kenikmatan yang sedikit itu, malah ia bukanlah merupakan satu pengorbanan yang besar tetapi sebaliknya menolong mengukuhkan lagi keimanan dan ia lebih mengharapkan pembalasan di hari Akhirat daripada apa yang dikejar oleh kaum sejenisnya yang ‘bebas’.

Di sini kita terkeliru di antara kehidupan muslimah dengan golongan tertentu seperti nun(paderi wanita) atau wanita yang dicorakkan seperti masyarakat yang berideologi ‘hanya wanita’.

Bagi nun(paderi wanita), hidup ini tertumpu kepada tunang rohaninya Jesus(spiritual bridegroom) dan hal ehwal keduniaan dianggap perangkap syaitan, manakala muslimah pula disamping beribadah kepada ALLAH, ia digalakkan dengan apa cara sekalipun untuk menikmati kenikmatan yang hakiki dan memikul tanggungjawab hidup sehari-hari. Dia seharusnya menerima kasiih sayang dan perlindungan dari suaminya yang bertakwa, kegembiraan menjadi seorang ibu, mengenakan pakaian yang menarik dan berhias diri(di hadapan suaminya dan kaum keluarganya sahaja – ia menitik beratkan kasih sayang mereka dan bukannya pujian dan sanjungan orang lain), merebut peluang berkongsi tanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat yang mana ia sendiri adalah merupakan anggota penuh.

Bagi wanita ‘bebas’(femenist) kehidupan ini tidak lain hanyalah satuu perjuangan ideologi mereka dan untuk merealisasikan ini tidak kira samada ianya benar ataupun salah, setiap orang mesti menyertainya walaupun melalui jalan paksaan. Muslimah yakin sepenuhnya tentang kebenaran aqidahnya dan dengan ini ia tidak akan raguu-ragu mengorbankan hidupnya sehingga sanggup keluar berdemontrasi untuk menegakkan perinta Islam atau dalam usaha membebaskan suaminya, ayahnya, saudaranya yang dipenjarakan kerana mempertahankan Ad-Deen mereka seperti yang berlaku di Iran, Syria dan Filipina. Ia lebih rela berhijrah daripada bertolak ansur dan tunduk kepada Mulhid(atheis yang zalim seperti di Afghanistan atau Eritrea) kadang-kadang mungkin terpaksa berpisah dengan anak-anaknya dan meringkuk di dalam penjara yang gelapsebagai tebusan kepada suaminya yang Mujahid bergerak secara senyap(sir) sebagai langkah berjaga-jaga daripada pemerintah-pemerintah yang zalim di kebanyakan negara-negara Islam hari ini.

Semua kesukaran-kesukaran ini dihadapinya dengan penuh kesabaran kerana ia menyedari bahawa ini adalah ujian-ujian dari ALLAH. Dengan ini ia menjadi contoh gemilang di dalam penglibatannya untuk mecapai matlamat yang unggul ini dan akan bersinar bukan sahaja di dalam masyarakat muslim tetapi kepada seluruh kaum wanita yang mana hati-hati mereka sedang mencari-cari pengganti bagi cara hidup kebendaan Barat dan Timur. Dia akan bersifat hikmah mengajak mereka mengamalkan apa yang diyakininya dan tidak akan memaksa sesiapa pun menerima aqidahnya.

Pada pendapat saya, kita dapat menyimpulkan bahawa walaupun nampak pada zahirnya muslimah ketinggalan beberapa kenikmatan yang dianggap oleh wanita ‘bebas’ sebagai keperluan untuk kebahagiaan, tetapi Muslimah tetap mengalami kehidupan yang lebih kaya dan bahagia kerana dibantu oleh keimanannya yang teguh. Ia merasai kepuasan mendisiplinkan diri sendiri dan berkorban untuk mencapai matlamat yang murni dan pada masa yang sama merasai keindahan hidup berumah tangga dan kepuasaan hidup dalam batas-batas syara’. Ia juga merasai ketenteraman jiwa hasil daripada mentaati perintah-perintah ALLAH S.W.T yang bertujuan memberi kesajahteraan kepada manusia itu sendiri. Bukannkah kemerdekaan dan kemajuan yang sebenar ialah pembangunan kemanusiaan yang mana para ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk generasi akan datang, menggunakan seluruh kemampuan mereka yang ada bukan untuk keruntuhan tetapi memuliakan jiwa-jiwa yang dekat dengan mereka sekiranya mereka mengikut Cara Hidup Islam.

Oleh Fatimah Heran

0 ulasan:

Catat Ulasan

My Playlist